LAMAN UTAMA

01 December, 2011

MATRIK GAJI SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM


Sukacita dimaklumkan bahawa Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan ditempatkan dan dihebahkan secara serentak menerusi portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), MAMPU dan semua kementerian apabila tiba masanya nanti.
Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

02 August, 2011


Selamat berpuasa di ucapkan kepada semua warga pendidik dan pelajar yang beragama Islam di sekitar kelompok 6 khasnya dan seluruh Malaysia amnya. Semoga amalan kita di bulan Ramadhan pada tahun ini telah kita tingkatkan berbanding tahun-tahun yang lepas.

"Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”

(Surah Al-Baqarah: Ayat 183)

Semoga segala amal dan taqwa kita di bulan Ramadhan ini akan diterima dan sebagai bekalan yang berguna di masa akan datang. InsyaAllah.

SALAM RAMADHAN DARI WARGA PKG TANJONG MALIM

25 February, 2011

PESTA BUKU DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA 2011

Pesta Buku Dewan Bahasa Dan Pustaka 2011 anjuran bersama Jabatan Pelajaran Perak dan Dewan Bahasa & Pustaka sedang berlangsung di Sekolah Menengah Tuanku Abdul Rahman (STAR), Jalan Sultan Azlan Shah, Ipoh mulai 25 hingga 28 Februari 2011.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah Ceramah Bahasa Melayu, Penerangan Majalah Dalam Kelas dan beberapa pertandingan antaranya pertandingan Khat, Kaligrafi dan Deklamasi Puisi.

Pelbagai buku terbaru dan terkini boleh di dapati di pesta ini.

25 January, 2011

TALIAN INTERNET DI SEKOLAH-SEKOLAH

Berikut merupakan surat siaran yang dikeluarkan oleh Sektor Teknologi Maklumat Dan Komunikasi di laman web JPN Perak.

" Sukacita merujuk kepada perkara di atas serta surat dari Timbalan Ketua Setiausaha(Pembangunan), Kementerian Pelajaran Malaysia, KP(KSU)001/10 bertarikh 29 Disember 2010.

Pihak Sekolah diberi kebenaran untuk melanggan mana-mana Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) untuk tujuan Pengajaran dan Pembelanjaran (P&P) serta Pengurusan dan Pentadbiran (P&T) di Sekolah dalam tempoh Interim ini dengan syarat tidak melebihi peruntukan iaitu RM 600.00 sebulan dan juga tidak terikat dengan apa-apa kontrak yang boleh memberi kesan negatif atau implikasi perundangan sehingga menjejaskan nama baik kerajaan.

Untuk pemasangan ini, pihak sekolah tidak perlu kelulusan Jawatankuasa ICT Negeri (JKICT).

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini, bolehlah berhubung dengan Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi, JPN Perak di talian sambungan 05-501 5202 atau 05-501 5204.

Sektor Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Jabatan Pelajaran Perak
"

21 January, 2011

BAHAN BACAAN TAMBAHAN

Dimaklumkan bahawa The Asia Foundation berbesar hati untuk menyumbangkan bahan bacaan tambahan (BBT) kepada Pusat Sumber Sekolah mulai Isnin, 24 Januari 2011.

Sehubungan itu, semua sekolah adalah dipelawa untuk mengambil sendiri BBT tersebut. Semua BBT adalah berdasarkan konsep "first come, first serve basis." Bagi memudahkan urusan untuk mengambil dan membuat temu janji, dinasihatkan pihak sekolah menghubungi Ms. Vasantha Charles di talian 03-22820385 atau 012-3916540

Berikut disertakan alamat stor The Asia Foundation untuk rujukan bersama.

The Asia Foundation Bookstore
No. 221, level 2,
Block B2, Leisure Commerce Square
Jalan PJS 8/9
Petaling Jaya
(berhampiran intersection LDP- Lebuhraya Damansara Puchong dan Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway)

11 January, 2011

TARANTULA i-QPSS DAN i-NILAM


Seperti yang GPM sedia maklum, pengumpulan data NILAM dan penarafan kendiri PSS telah mula dilaksanakan melalui laman web Tarantula mulai tahun lepas. Sehubungan dengan itu, seperti yang terdapat di dalam laman web Tarantula i-NILAM, proses naik kelas murid sesi 2010 ke sesi 2011 boleh dilakukan mulai 12 Januari 2011. Manakala proses mengemaskini data bacaan murid 2011 boleh dilakukan mulai 20 Januari 2011.

Diharapkan semua GPM kelompok PKG Tanjong Malim khasnya dapat mengemaskini data NILAM mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Ini bagi memudahkan pihak GPM memasukkan data NILAM mengikut bulan.

Sebarang masalah atau kekeliruan boleh rujuk dalam manual yang disediakan di dalam laman web Tarantula i-NILAM atau boleh hubungi pihak PKG Tanjong Malim.

10 January, 2011

MALAYSIA IT FAIR 2011


Selaras dengan ledakan ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran di sekolah, Malaysia IT Fair yang akan dianjurkan oleh Karspersky pada 28 hingga 30 Januari 2011 mungkin berguna kepada semua golongan pendidik dan pelajar sebagai salah satu tempat untuk mendapatkan peralatan ICT untuk kegunaan di sekolah mahu pun sendiri.

Untuk keterangan lebih lanjut sila lawati : www.MalaysiaITFair.com.my